Dzikir setelah Sholat
Daripada Mutiara Kalam Al-'Alim Al-'Allamah Al-Muhaqqiq Ad-Daie' IlaAllah Sayyidil Habib Zein bin Sumaith Hafizohullahu Ta'ala :
"Sesungguhnya amalan dzikir dan wirid selepas sholat, padanya terdapat faedah-faedah yang agung, manfaat-manfaat yang hebat dan kebaikan-kebaikan yang banyak. Maka dituntut atas kita supaya tidak meninggalkannya atau menganggapnya sebagai amalan yang remeh dan mengambil mudah dari beramal dengannya atau menyibukkan diri dari mengamalkannya dengan syahwat, jenaka dan dunia yang fana'.
Dzikir dan wirid selepas sholat akan mendatangkan kebaikan dan kegembiraan serta ia juga mampu meluaskan rizki kita, menghampirkan diri kita dengan Sang Pencipta, menunaikan hajat-hajat kita dan mempermudahkan keinginan-keinginan kita".